SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING

Business infomation in malaysia , networking

BERSATU LAH BANGSA MELAYU

 

Oleh ANUAR AHMAD

BANGSA Melayu kini menghadapi krisis perpaduan yang paling kritikal dan mencabar. Ia lebih hebat daripada tsunami PRU 12 pada Mac tahun lalu. Ia adalah senario yang menyedihkan sekali. Seboleh-bolehnya kita cuba menafikan tetapi itulah hakikatnya.

Tsunami pilihan raya Mac 2008 bukanlah akar sebenar kepada perpecahan Melayu. Tetapi ia berupa isyarat untuk menyedarkan para pemimpin tentang gentingnya perpaduan Melayu ketika ini.

Krisis perpaduan Melayu berlaku apabila kita mula lupa sejarah bangsa. Usaha ke arah itu sedang dilakukan oleh banyak pihak. Maka tidak hairanlah apabila pelbagai muzakarah dan perbincangan dianjurkan sejak kebelakangan ini.

Pelbagai pihak kini mula bercakap soal institusi beraja yang satu ketika dulu tidak ada yang berminat untuk membincangkannya. Begitu juga soal ketuanan Melayu dan keagungan Islam serta kedaulatan bahasa Melayu sendiri.

Sejarah Melayu dikatakan bermula sejak 1400. Walaupun ada yang mengatakan sejarah orang Melayu bermula lebih awal tetapi dengan mengambil kira definisi Melayu berasaskan adat resam, raja dan agama Islam maka tidak syak lagi sejarah Melayu hanya bermula sekitar kurun ke-15 itu.

Jika dihitung, sejarah orang Melayu tidaklah begitu panjang berbanding sejarah bangsa utama dunia lain yang menjangkau ribuan tahun. Sejarah kita baru bermula 600 tahun dahulu.

Mengimbau sejarah, orang Melayu bertuah kerana dianugerahkan Tuhan dengan tanah air yang dinamakan Tanah Melayu (dan kemudian menjadi Malaysia). Orang Melayu, walaupun terjajah ratusan tahun masih bertuah kerana tidak perlu berperang dan berkorban nyawa sepanjang 600 tahun itu.

Orang Melayu juga sungguh bertuah kerana kemerdekaan tanah air berlaku di meja rundingan dan bukannya di medan peperangan. Lebih bertuah jika difikirkan bagaimana orang Melayu hari ini masih terus kekal memerintah tanah air sendiri walaupun pernah dijajah dalam tempoh ratusan tahun.

Namun tuah tidak akan selalu menjadi milik orang Melayu. Tuah itu pun bukannya datang bergolek tetapi berkat semangat, doa dan permuafakatan Melayu.

Apalah maknanya ketuanan Melayu yang sering diuar-uarkan kalau orang Melayu langsung tidak memahami bagaimana ketuanan itu diperolehi. Ketuanan Melayu hanya hasil tetapi sejarah bangsa Melayu adalah prosesnya.

Pada setiap zaman, orang Melayu pasti mengalami perubahan. Ia berlaku sejak era tradisional ke penjajahan dan kemudian era modenisasi sebelum ke alaf globalisasi sekarang. Pada setiap era, orang Melayu sentiasa berusaha untuk menguasai perubahan demi menjadi bangsa yang lebih baik.

Tetapi fakta sejarah menunjukkan sebaik manapun pencapaian kita, pastinya ada bangsa lain mendapat pencapaian lebih baik. Sebagai contoh, walaupun kerajaan Melayu Melaka dipimpin oleh Kesultanan Melayu dengan para pembesar terdiri daripada orang Melayu, yang mengaut laba di Melaka ialah pedagang Arab, Cina dan India.

Penjajah Inggeris membantu membangunkan sekolah Melayu tatkala masyarakat bukan Melayu berhempas pulas membangunkan sistem pendidikan sendiri. Sepatutnya pendidikan orang Melayu jauh lebih maju, tetapi sebaliknya lebih ramai yang berpendidikan tinggi ialah bukan Melayu.

Bila universiti mula ditubuhkan oleh kerajaan dengan memperkenalkan sistem kuota demi bangsa Melayu, masih ramai graduan terbaik adalah bukan Melayu.

Apabila Dasar Ekonomi Baru diberikan kepada kalangan bumiputera khususnya Melayu sebagai satu keistimewaan, yang menjadi kaya raya kebanyakannya bukan Melayu. Walaupun politik dipegang oleh orang Melayu, pimpinan Melayu terpaksa merayu dan melobi pengundi bukan Melayu untuk memerintah. Ia berlaku tidak kira di kalangan parti kerajaan atau pembangkang.

Memikirkan hal ini sudah cukup memenatkan. Jelas sekali orang Melayu semakin lupa sejarah bangsa. Mereka, khususnya para pemimpin mula lupa hakikat bahawa sebagai pemimpin, mereka datang dan pergi.
Hari ini dengan kudrat dan tenaga yang ada mereka membangunkan anak bangsa, sampai masanya orang lain akan menggantikan mereka. Yang penting ialah perjuangan membangunkan anak bangsa, tidak berpecah-belah tetapi sentiasa bertimbang tara dan berbincang.

Mereka yang berpengalaman sepatutnya memberi nasihat sementara yang muda menimbangkannya. Akhirnya bangsa Melayu tidak akan rugi dan terus maju.

Sejarah bangsa Melayu nampaknya tidak begitu dihayati oleh bangsa kita. Rasuah, penyalahgunaan kuasa, nepotisme dan kronisme, berfoya-foya menjadi amalan. Ramai yang suka memegang kuasa walaupun terpaksa bersengketa sesama sendiri. Amalan itu nampaknya masih kuat menguasai sebahagian pemimpin Melayu.

Nasihat cendekiawan agar keadaan ini diperbetulkan nampaknya gagal. Ramai pemimpin dan sebahagian besar bangsa Melayu masih tidak belajar mengenai tragedi kejatuhan Melaka kepada Portugis. Ia berpunca daripada perbuatan khianat pembesar Melayu.

Bangsa Melayu telah lupa Perjanjian Pangkor. Kealpaan kepemimpinan Melayu ketika itu membuatkan seluruh negeri tergadai kepada penjajah Barat. Pimpinan Melayu juga mungkin sudah lupa bagaimana sukarnya orang Melayu menentang Malayan Union.

Apakah para pemimpin Melayu tidak ingin menjadi seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Bahaman atau Dol Said. Semua tokoh pejuang itu sanggup berkorban nyawa semata-mata untuk bangsa Melayu.
Janganlah kerana kita sudah pandai memakai kot dan bertali leher atau selesa berucap dalam bahasa asing, menaiki kereta mewah dan tinggal di rumah cantik, agenda bangsa Melayu tidak lagi menjadi keutamaan.

Mungkin di kalangan pemimpin Melayu kita hari ini sudah tidak boleh menterjemahkan semangat perjuangan bangsa. Pemimpin yang ikhlas untuk menjulang perjuangan bangsa akan sentiasa bersatu, tidak berpecah belah dan amanah dalam perjuangan. Golongan ini tidak berharap kepada kedudukan dan pangkat. Mereka komited dengan perjuangannya membela Melayu.

Malangnya apa yang kita lihat sekarang ialah wujudnya ramai pemimpin Melayu yang semakin lupa sejarah. Kita mungkin biasa mendengar ucapan hebat pemimpin Melayu. Tetapi yang nampak di luar belum tentu sama dengan apa yang ada di dalam hati mereka.

Semoga Allah sahaja yang mengetahui apa yang ada di dalam hati dan sanubari para pemimpin Melayu. Rakyat hanya boleh berdoa agar pemimpin mereka benar-benar ikhlas dalam perjuangan.
Orang Melayu mungkin bukan sahaja lupa kepada sejarah bangsa, tetapi gagal menterjemahkan ajaran Islam yang begitu sempurna.

Jelas begitu tebalnya masalah bangsa Melayu. Cuba kita teliti satu persatu segmen kehidupan kita dan di mana letaknya kedudukan bangsa Melayu yang berjumlah tidak sampai 15 juta ini.
Dalam bidang ekonomi, secara umum kita hanya menguasai 18 peratus agihan kekayaan negara.

Selebihnya dimonopoli oleh bangsa bukan Melayu serta syarikat konglomerat antarabangsa. Lihat juga sektor pekerjaan, hampir keseluruhan pekerjaan profesional dikuasai oleh bukan bangsa Melayu seperti doktor, jurutera, akauntan serta peguam. Begitu juga sektor ICT, perbankan dan pembinaan.

Sektor sosial pula menunjukkan begitu banyak kewujudan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kalangan masyarakat Melayu. NGO Melayu masih terikat kepada soal sukan, hiburan dan politik.

Sektor politik walaupun dikuasai oleh bangsa Melayu tetapi bentuknya bukanlah mutlak tetapi atas dasar tolak ansur dan ihsan bangsa lain. Jelas walaupun sebagai bangsa majoriti daripada segi penduduk, pencapaian bangsa Melayu masih jauh di belakang.

Banyak usaha dan tenaga perlu ditumpukan untuk maju. Berpecah belah dan bersengketa sesama pimpinan Melayu bukan sahaja melambatkan usaha memajukan bangsa tetapi menolak bangsa lebih jauh ke belakang. Kita perlu insaf, perkara itu sangat merugikan orang Melayu.

Bangsa Melayu tentu ingin maju dan mahu menjadi bangsa lebih hebat 100 tahun akan datang. Tetapi sejarah 600 tahun dahulu perlu diinsafi terlebih dahulu sekiranya kita mahu menjadi lebih hebat.
Anak-anak kita diajar di sekolah tentang bersatu padu, cintakan bangsa dan negara tetapi di luar bilik darjah mereka melihat tokoh kebanggaan mereka berpecah-belah. Ironinya, keadaan ini tidak menguntungkan sesiapa khususnya bangsa Melayu itu sendiri.

Pemimpin dan masyarakat Melayu seharusnya lebih menilai dan menginsafi sejarah bangsa sendiri. Percayalah, pemimpin Melayu yang sedar mengenai sejarah bangsanya akan berjuang untuk menjadikan bangsa ini lebih hebat dan berdaulat.

PENULIS ialah Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

KEREPEK 7F KE LUAR NEGARA

Oleh JAGATHESWARY NARAYANAN n.jagatheswary@kosmo.com.my

sumber : KOSMO

 

Usahawan kampung, Mahmudin Abas mampu meraih pendapatan kasar sehingga RM4.3 juta setahun hasil perniagaan kerepek ubi kayu dan makanan ringan lain. Apakah rahsia di sebalik kejayaan usahawan ini?

BILA sebut sahaja ubi kayu, pasti ramai generasi lama akan terkenangkan zaman 'makan ubi kayu' ketika penduduk Tanah Melayu berada di bawah penjajahan Jepun. Kesukaran mendapatkan beras ketika itu membuatkan penduduk menggantikan nasi dengan ubi kayu untuk meneruskan hidup. Kini, ubi kayu bukan sekadar satu hidangan yang penuh nostalgia.

Kepelbagaian penyediaannya dinikmati oleh generasi muda dan lebih daripada itu, industri menghasilkan kerepek ubi kayu telah mengubah hidup Mahmudin Abas, 53, dari Kampung Kanchong Darat, Banting, Kuala Langat, Selangor. Bergelar usahawan kampung, beliau kini meraih pendapatan lumayan hanya dengan menghasilkan dan memasarkan kerepek ubi kayu. Beliau mampu meraih pendapatan kasar sehingga RM4.3 juta setahun daripada hasil perniagaan kerepek ubi kayu dan makanan ringan lain yang diusahakannya sejak tahun 1983. Perusahaan Fazz Enterprise Kerepek House, milik Mahmudin tidak bermula dengan modal yang besar atau memaksanya membuat pinjaman bank. Semuanya dibuat secara berdikit-dikit dan perniagaan yang diusahakan secara industri kampung ini semakin meningkat dari sehari ke sehari. Mahmudin kini boleh berbangga kerana produk kerepek ubi kayunya turut dipromosikan dan dipasarkan di Singapura; Dubai; Melbourne, Australia; Brunei dan Hong Kong.

MAKANAN ringan ini dipasarkan dibawah jenama kerepek 7F. Kejayaan usahawan ini bukannya datang bergolek. Ia hasil kerja keras dan didorong rasa tanggungjawab untuk memberikan kehidupan yang lebih terjamin buat isteri dan tiga orang anaknya yang sedang membesar ketika itu. Semuanya bermula selepas anak kelahiran Kampung Kanchong Darat ini memutuskan untuk berhenti kerja selepas 12 tahun berkhidmat di sebuah kilang di Petaling Jaya bagi membuka perniagaan sendiri. Menurutnya, ketika itu pendapatan sebagai pekerja kilang tidak mencukupi untuk menyara isteri dan tiga orang anak. Bekas juru teknik itu memberitahu, beliau tidak pula menyerahkan nasibnya kepada takdir semata-mata selepas berhenti kerja. "Isteri saya, Tuminah Kamsah banyak memberi galakan kepada saya untuk membuka perniagaan kerepek pisang tandan dan ubi kayu secara kecil-kecilan. Dapur memasak pula terdiri daripada tungku dan kayu api. "Bermula dengan sebuah tungku, saya kemudiannya mempunyai 10 tungku. Tetapi kini, saya lebih selesa menggunakan dapur gas,'' katanya kepada Kosmo!. Ketekunan dan kegigihan mengusahakan perniagaan kerepek ubi kayu ini kemudiannya mendapat perhatian orang ramai di sekitar kampungnya dan kampung berhampiran.

MAHMUDIN ABAS "Daripada sebuah kuali, saya tambah dua lagi kuali besar untuk menggoreng bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat," katanya. Usaha-usaha pemasaran dilakukannya sendiri. Tanpa perasaan segan dan malu, beliau menemui pengusaha kedai di lebuh raya, stesen minyak serta pasar raya mini untuk memasarkan kerepek ubinya. Give the perfect gift this holiday season, Inspironâ„¢ 14 Bagi menjamin bekalan ubi kayu yang mencukupi, Mahmudin menanam pokok ubi sendiri di tanah terbiar sekitar kediamannya. Di samping itu, beliau juga membelinya daripada pembekal-pembekal lain yang mengeluarkan ubi kayu yang bermutu tinggi. Menurutnya, pokok ubi yang ditanam di sekitar rumahnya adalah daripada jenis yang menghasilkan ubi berwarna kuning yang sememangnya sesuai dijadikan kerepek. "Untuk mendapatkan hasil ubi yang baik, pokok-pokok ini perlu dijaga dan dibaja. Baja yang saya gunakan ini diimport dari luar negara.

 KILANG milik Mahmudin dilengkapi dengan mesin memotong, menggoreng dan mengering kerepek. "Pokok ubi kayu mengambil masa kira-kira lapan hingga 10 bulan sebelum boleh dituai. Justeru itu, saya menanam secara berperingkat supaya bekalan ubi diperoleh sepanjang tahun," jelasnya sambil menyatakan, beliau mendapat keyakinan dan kepercayaan pembekal lain yang sentiasa menyalurkan bekalan tanpa sebarang masalah. Tambahnya, faktor cuaca menjadi antara cabaran hebat yang perlu ditempuhi untuk menjamin bekalan mencukupi daripada pembekal. "Persaingan semakin hebat kerana semakin ramai menceburi perniagaan makanan ringan ini. Ini ditambah pula dengan harga barangan seperti diesel, minyak masak dan plastik pembungkus yang telah meningkat," ujarnya. Dalam pada itu, Mahmudin memberitahu, aspek pemasaran juga penting dalam perniagaan. "Katakan, saya berjaya menghasilkan makanan yang sedap tetapi kalau saya tidak tahu memasarkannya, produk saya hanya dapat dijual di keliling kampung atau kedai runcit yang kecil sahaja. "Tetapi kalau saya bijak memasarkannya, saya boleh boleh pergi jauh sampai ke luar negara dan alhamdulillah, kerepek keluaran syarikat saya kini boleh dinikmati masyarakat antarabangsa. "Ini kerana hotel-hotel terkemuka di ibu kota turut menjadikan kerepek sebagai makanan ringan dalam senarai menu hariannya," ujarnya. Mahmudin yang tidak mempunyai pendidikan formal mengenai perniagaan, berkata, kejayaan beliau sudah tentunya boleh menjadi contoh generasi muda hari ini. 

SEBAHAGIAN daripada pekerja menggoreng keropok jejari ubi. Ternyata Mahmudin mempunyai falsafah perniagaannya sendiri yang boleh dijadikan panduan. "Kalau hendak berniaga, kenalah ramah dengan orang. Pelanggan adalah tuan, tidak mengapa kalau kita merendah diri. Kerja juga mesti bersungguh-sungguh, jangan fikir hendak rehat banyak. "Masa itu penting. Pada awal perniagaan dulu, saya dan isteri bekerja sampai pukul 12 malam, setiap hari. Semua pekerja sudah balik ke rumah tetapi kami berdua masih bekerja," katanya yang mendirikan sebuah kilang yang dilengkapi mesin memotong, menggoreng dan mengering kerepek. Sehingga kini, perusahaan Fazz Enterprise menghasilkan kira-kira 77 jenis makanan ringan. Untuk kerepek ubi kayu, di samping perasa masin, terdapat juga beberapa perasa lain. 

SEORANG pekerja membersihkan kepingan ubi yang telah dipotong. Antaranya ialah perasa pedas kering, pedas basah, manis, tawar lemak, barbeku (BBQ), selain turut menghasilkan kerepek jejari ubi. Makanan ringan lain termasuklah kerepek pisang, rempeyek, kerepek kentang, keropok kacang dal, keropok keju, kacang rani, bahulu Kemboja, bangkit kelapa dan lain-lain lagi. Makanan ringan ini dipasarkan di bawah jenama kerepek 7F yang diambil sempena nama anak-anaknya. Makanan ringan keluarannya juga dijual di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan pantai timur melalui ejen-ejen perniagaan. Setelah bertahun-tahun mengusahakan perniagaan kerepek dan menikmati kejayaan, apa perancangan Mahmudin seterusnya? "Sekarang, saya hanya bertindak sebagai penasihat. Isteri saya membantu menjaga kualiti produk dan saya berharap, anak-anak akan meneruskan usaha saya ini. "Manakala kilang baru yang menelan perbelanjaan kira-kira RM780,000 diharap dapat disiapkan secepat mungkin. Ini penting kerana kilang yang ada sekarang tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan," ujarnya. UBI
 

KAYU mengambil masa kira-kira lapan hingga 10 bulan sebelum boleh dituai hasilnya. Aidilfitri tambah rezeki RAMADAN dan Syawal biasanya dilihat sebagai masa paling sesuai untuk usahawan kecil mahupun yang telah berjaya menambah pendapatan. Ini kerana permintaan terhadap produk tertentu seperti kerepek meningkat sepanjang musim perayaan. Perusahaan Fazz Enterprise turut meraih pulangan berlipat kali ganda menjelang sambutan Aidilfitri pada setiap tahun. Fazzly Mahmudin, 30, salah seorang anak kepada usahawan kerepek, Mahmudin Abas, mengikut jejak langkah ayah kesayangannya apabila beliau menunjukkan minat untuk membantu perniagaan kerepek ayahnya yang mendapat sambutan hangat di Kuala Langat. “Apabila tiba Ramadan, permintaan orang ramai akan melonjak tinggi dan kami terpaksa melipat gandakan pengeluaran bagi menampung permintaan yang luar biasa menjelang Hari Raya. “Jika pada hari biasa, kami hanya mengeluarkan dua tan kerepek sehari tetapi menjelang Hari Raya, jumlah pengeluaran ditingkatkan beberapa kali ganda,” katanya pada Kosmo!.

PELBAGAI jenis kerepek jenama 7F dijual di kedai runcit di seluruh negara. Menurut Fazzly, syarikatnya agak beruntung kerana tidak perlu bersusah payah membuat promosi kerana pelanggan akan datang sendiri ke rumah atau menelefonnya untuk membuat tempahan. “Para pelanggan bukan sahaja terdiri daripada penduduk sekitar, sebaliknya ada yang datang dari luar Selangor. Mereka sanggup meredah perjalanan yang jauh semata-mata mahu mendapatkan kerepek kami. “Kebanyakan mereka menempah dalam jumlah yang banyak kerana tidak sempat membuat kuih raya gara-gara kesibukan bekerja. “Dengan bantuan pekerja seramai 30 orang dan mesin-mesin, saban tahun kami dapat memenuhi permintaan pelanggan walaupun terpaksa bekerja dari pagi sehingga lewat petang. Pada masa yang sama, kami juga perlu melayan mereka yang berkunjung ke kedai sepanjang bulan Ramadan ini,” jelasnya.

 

 

KENALI KAMI


SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING atau lebih dikenali dengan nama SMELINK, ditubuhkan untuk menjadi sebuah Pusat Khidmat Nasihat dan Infomasi kepada usahawan  Bumiputera di Seluruh Malaysia.

Penubuhannya atas inisiatif dan  komitmen  Ybhg. Dato' Rozali Che Pin untuk membantu usahawan IKS Bumiputera  mendapatkan infomasi keusahawanan bagi memantap diri dan mengembangkan perniagaan.

Selain daripada itu, SMELINK berhasrat untuk memain peranan sebagai Pusat Perhubungan di antara kerajaan dengan usahawan, membantu menyampaikan atau menyebarkan kempen atau dasar kerajaan atau perkara berkaitan dengan usahawan.

Sejak ditubuhkan pada april 2010, SMELINK telah berjaya menempat beratus peniaga kecil dan usahawan IKS dikarnival dan ekspo anjuran agensi kerajaan dan swasta diseluruh Malaysia.

Bagi merealisasikan hasrat ini, SMELINK  telah menjalinkan kerjasama serta mendapat sokongan dari Badan Bukan Kerajaan , agensi kerajaan. korporat, swasta dan orang persorangan

DATO' ROZALI CHE PIN


Ahmad Yusfi Bin Mohd Yunus 

Ahli Kehormat SMELINK dan salah seorang penal khidmat nasihat pasaran antarabangsa. Pernah  berkhidmat sebagai Pegawai Pemasaran di MITI (Minstry of International Trade and Industry) dan  MATRADE (Malaysia Trade Development Corporation) di luar negara.

Berpengalaman dalam hal ehwal export dan import selama 26 tahun.Beliau sedia membantu para usahawan yang bercadang mengekport produk ke pasaran antarabangsa menerusi seminar mengenai hal ehwal export barangan buatan Malaysia dari masa ke semasa.

 

FUAD HASSAN - Penasihat Undang-Undang


Pertubuhan Peladang Daerah Gombak dan Petaling

membenarkan kami menggunakan kemudahan dan peralatan


Penyertaan Promosikan produk usahawan IKS secara percuma


menaja 100 unit kanopi


Memperuntukan lot gerai MAHA kepada usahawan IKS dibawah naungan SMELINK




INFO USAHAWAN


Syarikat atau Individu boleh mendapatkan perkhidmatan konsultasi percuma tentang bagaimana menubuhkan perniagaan atau syarikat di 'Pusat Rujukan Setempat' atau 'One Referral Centre'  (ORC) di SME Corp. Malaysia.

Waktu beroperasi adalah setiap hari Isnin dan Rabu

jam 9:00pagi - 5:00petang.

Agensi - agensi yang terlibat pada masa kini:_

  1. CIMB Bank,
  2. Bank Simpanan Nasional,
  3. Pintas IP,
  4. SEAP Expert (Cristopher Chew) - Financial & Investment Planning and Funding,
  5. Standard Malaysia,
  6. SME Bank,
  7. MIDF


One Referral Centre terletak di

Tingkat 19,West Wing, Menara MATRADE,
Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur.

Recent Forum Posts

No recent posts

Info Events

No upcoming events

RAKAN NIAGA

KURSUS KOPERASI




SEMAK STATUS SYARIKAT


SEMAK STATUS HALAL


SEMAKAN SENARAI HITAM PTPTN



JOM SEMBANG BISNES



ShoutMix chat widget

JUMLAH PELAWAT


INFO KURSUS______________________


SEMAK STATUS


MyKAD/MyKID

PERMOHONAN PASPORT

SAMAN POLIS TRAFIK

SAMAN JPJ

Bankruptcy

YAYASAN BINA INSAN MALAYSIA (YBIM) adalah sebuah badan NGO yang diasaskan pada 29 Sept. 2006 bertujuan untuk memberi bantuan, latihan kemahiran dan melaksanakan program-program untuk membantu golongan istimewa seperti anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal. YBIM memerlukan keprihatin orang ramai supaya menyumbang berbentuk wang tunai dan barangan keperluan.

Setiap sumbangan wang tunai hendaklah dibuat atas nama YAYASAN BINA INSAN MALAYSIA dan sumbangan tersebut akan mendapat perlepasan cukai pendapatan. No. rujukan LHDN.01/35/42/51/179-6.6297

Alamat Pejabat Urusan

No. 57-1, Jalan Equine 9, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor Tel: 03-8942 8996 Fak :03-8942 8997



IPSI appeals to you, individuals or organizations, to contribute to the purchase of this 4-storey building (5549 sq ft) at a strategic location, 197 Jalan Argyll, 10050 Penang. IPSI will use this RM1.7 mil building as its center to support the daa'wah activities. You may deposit your contribution directly into one of these accounts, Bank Islam (0702-5010-0214-64) or Maybank (5573 8030 0023). Call IPSI at 04-227 4849 for more information. 

Join IPSI on Facebook: http://www.facebook.com/home.php?#!/infaq.

 


------------------------------------------------------------

L_________________________________


Laman web directory