SME BUSINESS CENTRE & NETWORKING

Business infomation in malaysia , networking

KESALAHAN & DENDA

BANKRAP YANG TIDAK DILEPASKAN BERTINDAK SEBAGAI PENGARAH

Setiap orang yang bankrap dan yang tidak dilepaskan daripada pengisytiharan tersebut yang bertindak sebagai pengarah, atau secara langsung atau tidak secara langsung mengambil bahagian di dalam atau mengambil berat di dalam pengurusan, apa-apa perbadanan kecuali dengan kebenaran Mahkamah hendaklah didapati bersalah di atas kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti : Penjara lima tahun  atau RM 1000.00

Mahkamah tidak boleh memberi kebenaran di bawah seksyen ini melainkan notis niat untuk memohon telah diserahkan kepada Menteri Dan Pegawai Penerima atau salah seorang daripada mereka boleh diwakili di pembicaraan dan boleh menentang pemberian permohonan tersebut.

 

KUASA UNTUK MENYEKAT ORANG TERTENTU DARIPADA MENGURUS SYARIKAT

mana-mana kesalahan di bawah seksyen 132, 132a atau 303, dan orang tersebut di dalam tempoh lima tahun selepas disabitkan atau, ia dihukum penjara, selepas dibebaskan dari penjara, tanpa kebenaran Mahkamah adalah pengarah atau penganjur atau adalah apa-apa cara ama ada langsung atau tidak langsung mengambil berat atau mengambil bahagian dalam pengurusan perbadanan di Malaysia,ia hendaklah didapati bersalah di atas kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti : Lima tahun penjara   atau RM100, 000.00

 

Hilang Kelayakan  Pengarah Syarikat Yang Tak Solven

Jika mana-mana orang bertindak melanggar suatu perintah yang dibuat di bawah subsekyen  (i), maka ia adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Pemenjaraan selama tiga tahun  atau RM 10,000.00 atau kedua-duanya.

 

Pendedahan Kepentingan Dalam Kontrak, Harta, Jawatan Dan Lain-lain.

Kecuali seperti yang diperuntukan dalam subseksyen (iii) seksyen ini hendaklah menjadi tambahan kepada dan bukan mengurangkan operasi apa-apa kaedah undang-undang atau apa-apa peruntukan di dalam perkara-perkara menyekat pengarah dari mempunyai apa-apa kepentingan di dalam kontrak dengan syarikat ata dari memegang jawatan atau memiliki harta yang melibatkan kewajipan dan kepentingan-kepentingan yang bercanggah dengan kewajipan atau kepentingan sebagai pangarah.

Penalti: tujuh tahun penjara  RM 150,000.00  kedua-duanya.

 

Larangan Ke Atas Penyalahgunaan Maklumat Yang Diperolehi Dalam Kapasiti Rasmi

Mana-mana orang yang berada dalam atau berkaitan kepda urusan sekuriti perbadanan,mempunyai apa-apa maklumat yang jika diketahui umum dijangka mempengaruhi harga tajuk perkara urusan di Bursa Saham dan yang mana-mana:-

a)    ia memegang oleh kerana kapasiti rasmi atau kapasiti rasmi dahulu;

b)    adalah munasabah untuk menjangka seseorang di dalam kapasiti rasmi atau kapasiti rasmi dahulu tidak mendedahkan kecuali bagi pelaksanaan fungsi-fungsi yang teratur menyertai kapasiti rasmi tersebut; dan

c)    ia tahu adalah belum disiarkan maklumat yang sensitif kepada harga berhubung dengan sukuriti perbadanan tersebut, tidak boleh menyalahgunakan maklumat tersebut untuk mendapat secara langsung atau tidak langsung, faedah untuk dirinya atau untuk mana-mana orang lain yang melanggar peruntukan seksyen ini hendaklah didapati bersalah di atas kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti : lima tahun penjara atau RM30,000.00

 

Kelulusan  Syarikat Diperlukan Untuk Melupuskan Akujanji Atau Harta Syarikat Oleh Pengarah

Mana-mana pengarah yang melanggar peruntukan seksyen ini hendaklah didapati bersalah di atas kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti : Lima tahun penjara atau RM30,000.00  atau kedua-duanya.

 

 

TRANSAKSI HARTA YANG BANYAK MELIBATKAN PENGARAH

Pengarah syarikat atau syarikat induk atau orang yang berkaitan dengan pengarah tersebut, yang membuat apa-apa perkiraan atau transaksi dengan syarikat dengan melanggar seksyen ini atau pengarah yang membenarkan perkiraan atau transaksi tersebut, adalah melakukan kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti : Lima tahun penjara atau RM30,000.00   atau kedua-duanya.
 
 

Pinjaman Kepada Pengarah-Pengarah

Di mana sebuah syarikat melanggar seksyen ini, mana-mana pengarah yang membenarkan apa-apa pinjaman yang dibuat, membuat apa-apa gerenti atau menyediakan apa-apa jaminan bertentangan dengan seksyen ini adalah melakukan kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti : RM10,000.00

 

Larangan Pinjaman Kepada Orang Yang Bersangkutan Dengan Pengarah

Di mana syarikat melanggar seksyen ini, mana-mana pengarah yang memberi kuasa untuk membuat apa-apa pinjaman atau membuat apa-apa garenti bertentangan dengan seksyen ini adalah melakuakn kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti : RM10,000

 

Buku Daftar Pegangan Saham Pengarah Dan Lain-Lain

Jika keingkaran dilakukan di dalam mematuhi seksyen ini, syarikat tersebut dan setiap pegawai syarikat yang ingkat adalah melakukan kesalah terhadap Akta ini.

Penalti : Tiga tahun penjara  atau RM15,000. Penalti ingkar.

 

Larangan Bayaran Pengecualian Cukai Kepada Pengarah

Sebuah syarikat tidak boleh membayar kepada pengarah saraan (sama ada sebagai pengarah atau selainnya) tanpa cukai pendapatan atau selainnya dikira dengan merujuk kepada atau berbeza dari jumlah cukai pendaatannya, atau kadar cukai pendapatan, kecuali di bawah suatu kontrak yang berkuatkuasa sebelum Akta ini, dan secara mensyaratkan, dan bukan dengan merujuk kepada perkara-perkara, untuk bayaran saraan tersebu

Di mana syarikat melanggar seksyen ini, syarikat dan setiap pegawai syarikat yang ingkar melakukan kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti : Tiga tahun penjara  atau RM10,000.00
 
 
 
Jika anda ingin mengetahui secara lengkap mengenai undang-undang syarikat sila rujuk kepada admin. emailkan ke smecentre2010@gmail.com 

PEMBERHENTIAN PEKERJA

APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG HARUS DIAMBIL OLEH MAJIKAN UNTUK MENGELAKKAN PEMBERHENTIAN PEKERJA?

Apabila timbul keadaan berlebihan pekerja, majikan hendaklah terlebih dahulu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan pemberhentian pekerja. Langkah-langkah seperti yang terdapat di dalam Tatacara Untuk Keharmonian Perusahaan dan langkah-langkah lain seperti berikut adalah dicadangkan:-

1.1       Pengambilan pekerja baru hendaklah dibekukan kecuali bagi bidang-bidang yang kritikal.

1.2       Menghadkan kerja lebih masa.

1.3       Menghadkan kerja pada hari rehat mingguan dan cuti am.

1.4       Mengurangkan hari-hari bekerja dalam seminggu atau mengurangkan bilangan kerja giliran.

1.5       Mengurangkan waktu bekerja harian.

1.6       Mengadakan program latihan semula kepada pekerja.

1.7       Mengenalpasti kerja-kerja alternatif dan pertukaran ke bahagian/ kerja lain di dalam syarikat yang sama.

1.8       Melaksanakan pemberhentian kerja sementara (lay-off) misalnya dalam bentuk penutupan sementara (temporary shut down) dengan menawarkan gaji yang berpatutan dan membantu mereka mendapatkan kerja sementara di tempat lain sehingga operasi dapat diteruskan semula.

1.9       Pengurangan gaji pekerja (Pay-Cut) yang dibuat secara adil di semua peringkat dan dilaksanakan sebagai langkah terakhir selepas langkah-langkah penjimatan kos lain sudah dilaksanakan.

Langkah-langkah di butiran 1.7, 1.8 dan 1.9 hendaklah dilaksanakan dengan persetujuan pekerja atau kesatuan sekerja yang mewakili mereka.

 

APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PATUT DIAMBIL OLEH MAJIKAN JIKA PENGURANGAN PEKERJA TERPAKSA JUGA DILAKUKAN ?

Jika pemberhentian pekerja perlu dilakukan juga walaupun langkah-langkah di para 3 telah diambil, majikan hendaklah berusaha melaksanakan langkah-langkah seperti berikut untuk meringankan kesan negatif ke atas pekerja-pekerja yang terbabit:-

4.1    Memaklum dan mengadakan perbincangan dengan pekerja-pekerja atau Kesatuan Sekerja yang mewakili mereka dengan secepat mungkin mengenai pemberhentian pekerja yang akan dilakukan.

4.2    Menawarkan skim pemberhentian/persaraan secara sukarela dengan kadar bayaran pampasan yang sebaik mungkin.

4.3    Bersarakan pekerja-pekerja yang berumur lebih dari umur persaraan biasa.

4.4    Membantu pekerja-pekerja mencari kerja di tempat pekerjaan lain sebelum pemberhentian dibuat dengan kerjasama Jabatan Buruh dan Jabatan Tenaga Rakyat di bawah Kementerian Sumber Manusia.

4.5    Melaksanakan pemberhentian pekerja secara berperingkat-peringkat dalam tempoh yang lebih panjang.

4.6    Pekerja asing hendaklah diberhentikan dahulu daripada pekerja tempatan dalam kategori pekerjaan yang sama.

4.7    Jika pemberhentian melibatkan pekerja tempatan, Prinsip 'LIFO' (last - in - first - out) hendaklah digunakan dalam kategori pekerjaan yang sama. Walau bagaimanapun majikan boleh juga melaksanakan pemberhentian pekerja menurut kriteria-kriteria tertentu setelah berunding dan mendapat persetujuan dari pihak pekerja atau kesatuan sekerja yang mewakili mereka.

APAKAH TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DARI SEGI MELAPORKAN TINDAKAN PEMBERHENTIAN PEKERJA DAN TINDAKAN-TINDAKAN YANG BERKAITAN DENGANNYA?

5.1 Majikan dikehendaki melaporkan kepada Jabatan Buruh yang terdekat sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum mana-mana tindakan yang dinyatakan di bawah ini dilaksanakan dengan menggunakan borang-borang seperti berikut:-

5.1.1   Pemberhentian pekerja - Borang PK1/98 (retrenchment)

5.1.2 Pemberhentian pekerja secara - Borang PK2/98 sukarela (voluntary separation)

5.1.3    Pemberhentian kerja sementara - Borang PK3/98 (Lay-Off)

5.1.4    Pengurangan gaji pekerja - Borang PK4/98 (Pay-Cut)

5.2 B orang-borang ini boleh diperolehi secara percuma dari mana-mana Pejabat Buruh di Semenanjung Malaysia.

 

APAKAH HAK-HAK PEKERJA YANG TERLIBAT DENGAN PEMBERHENTIAN PEKERJA?

6.1    Hak-hak Pekerja Di Bawah Akta Kerja 1955.

6.1.1 Tempoh notis hendaklah mengikut kontrak perkhidmatan tetapi tidak boleh kurang daripada yang ditetapkan dalam Akta Kerja 1955 iaitu :

a)   4 minggu notis jika pekerja telah bekerja selama kurang daripada 2 tahun;

b)    6 minggu notis jika pekerja telah bekerja selama 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun;

c)    8 minggu notis jika pekerja telah bekerja lebih daripada 5 tahun.

6.1.2   Sekiranya majikan gagal memberi notis yang mencukupi, pekerja adalah layak mendapat Gaji Ganti Notis. Gaji Ganti Notis hendaklah dibayar dengan sepenuhnya selewat-lewatnya pada hari kontrak perkhidmatan ditamatkan.

6.1.3  Kadar faedah pemberhentian kerja hendaklah mengikut kontrak perkhidmatan tetapi tidak boleh kurang daripada kadar yang ditetapkan dalam Akta Kerja 1955 iaitu:

a)   10 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat kuran daripada 2 tahun;

b)   15 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat selama 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun;

c)   20 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat 5 tahun atau lebih.
  

6.1.4 Faedah pemberhentian kerja hendaklah dibayar selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh kontrak perkhidmatan ditamatkan.

6.1.5 Sekiranya hak-hak di atas tidak diperolehi, pekerja boleh membuat tuntutan di Pejabat Buruh yang berhampiran.

6.2    Hak-hak Pekerja Di Bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967

6.2.1 Jika ada Perjanjian Bersama, syarat-syarat yang berkaitan dengan Pemberhentia Pekerja dan kadar yang patut dibayar kepada pekerja hendaklah tidak kurang daripada apa yang dinyatakan di dalam Perjanjian Bersama tersebut.

6.2.2  Sekiranya tidak berpuashati dengan tindakan pemberhentian yang dilakukan oleh majikannya, pekerja bolehlah mendapat khidmat nasihat yang sewajarnya dari Pejabat Perhubungan Perusahaan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang berhampiran.

APAKAH PERKHIDMATAN YANG BOLEH DIPEROLEHI OLEH PEKERJA DAN MAJIKAN MELALUI JABATAN TENAGA RAKYAT?

7.1      Cara-cara pekerja yang diberhentikan kerja mencari pekerjaan lain. Pekerja yang diberhentikan kerja boleh hadir sendiri ke Pejabat Tenaga Rakyat yang berhampiran untuk mendaftarkan diri secara percuma dengan membawa bersama Kad Pengenalan, Sijil-sijil dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Jika pekerjaan tidak diperolehi selepas 3 bulan, pekerja berkenaan hendaklah datang semula ke Pejabat Tenaga Rakyat yang berkenaan untuk memperbaharui pendaftarannya. Bagi pekerja yang telah memperolehi pekerjaan hendaklah memaklumkan kepada Pejabat Tenaga Rakyat dengan segera.

7.2  Cara-cara mengambil pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk berkhidmat di syarikat lain.

7.2.1 Majikan yang ingin mengambil pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja boleh memohon calon-calon yang sesuai daripada Pejabat Tenaga Rakyat yang berhampiran dengan menyatakan maklumat-maklumat mengenai kekosongan jawatan yang ada di syarikatnya seperti jawatan yang diperlukan, gaji yang ditawarkan, kelayakan minimum dan butir-butir lain yang berkaitan. Selepas calon-calon dibekalkan oleh Pejabat Tenaga Rakyat untuk ditemuduga, majikan hendaklah memaklumkan jumlah calon yang telah diambil bekerja.

7.2.2    Kerajaan tidak akan mempertimbangkan permohonan majikan untuk  menggaji pekerja asing jika syarikat tersebut tidak mengutamakan pekerja tempatan dalam pengisian kekosongan jawatan tersebut.